LIVE

HTML/JavaScript

Geng Baek Hati

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011..Selamat Datang 2012.

Assalam , okey aku baru balik dari beli barang2 sekolah tadi . Aku tak sure tabiat aku memang suka shopping last minute ke ape? haha , okay2 .Ni haa , dah last day tahun 2011 , melambak laa blogger2 semua nak upsate pasal azam baru la , ucapan maaf la , combine segala pahit manis 2011 la kan . so aku pun nak la jugak update , hari last 2011 kot , haha .



Hmm , 2012 memang akan jadi tahun yg mencabar bg Zam Ijam sebab..............SPM TAHUN NIIIIIII.....oomennnn nak balik 2008 balik boleh tak ? nak jadi budak form1 yang nerd2 , baik semula , haha .SPM ni aku harap sgt2  dapat result yang dapat gembirakan family aku lagi . Anddddd aku tak sabor2 nak tengok dunia mahasiswa niiii .haha .sabar zam sabar . Okey ni antara azam aku yang bermula esokkk! :

-------------------------------------------------


i.Of course la result gempak SPM kan
ii.masa belajar Zam lagi bnyak dari masa tengok tv ;(
iii.update lagi banyak entri blog ni (inshaAllah)
iv.nak tambah berat badan (Zam kurus la)
v.kumpul duet nak beli fon baru
vi.lagi mesra dalam FB(Zam memang kurang mesra) #kantoi
vii.kau rasa cukup lagi tak azam Zam ni ?
viii.cukup la tu kan , nak banyak2 buat apa , nanti tak tercapai dek akalmu pulak kan



----------------------------------------------

Ameeeeenn . Semoga tercapai dan tak jadi macam lagu elyana tu pulak adoi , haha .Last sekali , Zam Ijam ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru n Happy New Year 2012 kepada rakan2 taulan , rakan2 FB , cikgu2 sekolah#kalau diorang bace la , insan tersayang#ade la , rakan2 blogger dan KAMU yang tengah tengok skrin ni ! I wish u all a very best of luck dan moga2 sentiasa dilimpahkan kebahagiaan olehNya .



tik tok tik tok ------> 2. 0. 1. 2  !!!


pssst : nak sambut new year dengan spongy aku ni , boleh ? haha , ok assalam . 

Saturday, December 17, 2011

ohhhh MENNNNN!! He is so LUCKY!!

HELLLOOO HELLLO HELLO semua , dah lebih seminggu aku tak update blog ni kan , hmm semua tu disebabkan ketidakseimbangan emosi aku akhir-akhir ni . Okay cukup , actually aku mmg tak plan pon nk update hari ni , tp bila macam macam benda yg aku jumpa , tu yg membuatkan aku super duper extreme nak update pasal sorang mamat macho pelas melas cute ni ..haa nak tau sape --->Hafiz Zainal.
Haa siapa dia ni ?? aku jd super duper extreme sebab SORE DIA BESTTT GILAAA WOHHH .



Okey aku ceritakan skt macam mana aku boleh tau kewujudan abg Apis *tua 3 tahun je dari aku , mule mule aku on blogger then tengok si Zac Rega ni update entri pasal dia dah join satu contest : Senyuman Mahal II , so aku pun skodeng la sekejap , then aq blogwalking la belog abg macho ni . Then tengok punye tengok punye tengok , dia ada account youtube la , eh twitter pun ade , aku pun ape lg semua jenis account dy ade aku add/subscribe/follow/like *over tak? . Oh mennnn, first impression aku bile tngok dia bukak mulot untok nyanyi buat cover tu sume , aku cakap "Bia betik dia yg nyanyi, sedap gila sore dia,kalah aku"*haha abaikan. So bila aku da bukak video2 lain , so mmg betul la dia yang nyanyi . Beruntung gila dia kan , sore sesedap gemersik kalbuuuu *eehh , tambah tambah jadi penyanyi bila ada event dekat kolej dia .


 Suka gila dia bawak lagu ni , aku yang nyanyi lagu ni pun kadang2 timbul timbul urat aku nak sampai high note. So aku memang tabik SPRINGGG la kat bro ni , and aku ade dengar dia ni dah  dilamar oleh KRU STUDIO . pergghh kau tengok betapa lucky nya dia , eh tapi itu aku dengar je la , tak tau la betul ke tak .Kepada bro Hafiz Zainal keep it up okay . I'm your big fan now . haha .
Korang korang yang nak tau lebih lanjut tentang abg Apis ni boleh terjah ke link berikut :


Sekian update untuk kali ini . Assaalam .

Sunday, December 04, 2011

ohh MENNNN!! ARTIS follow ZamIjam..

Assalamulaikum kamu kamu kamu . Wey wey wey wey , aku tengah mood eksaited plus plus gembira sampai loncat2 macam orang gila tepi pasar malam *erkk . haha okay , aku tak tau sama ada lepas kau tengok apa aku nak tunjuk ni kau akan  cakap "Ek'eleh dia pun follow aku jugak" . Tak kisah la , yang penting aku happy heppy hapy hepi . Kau nak tau apa sebenornya yang aku dok sebok cerita ni , haha okay ni ha 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



*klik untuk cepat membesar

Retis Fazley Yaakob follow twitta aku laaaaaahhhhh!!! oh MANNN . aku memang tak tau nak cakap apa la nih , first2 aku cakap " eh tak kan lah , orang lain kot , nama je sama" tapi lepas aku check betul2 . oh MENNNNN *lagi sekali . Betul laaaa . Terus je aku buat macam ni :
|
|
|
|
|
|
|
|
V

*klik untuk cepat membesar

Kau tengok tahap keterujaan aku , haha . Yer la sebelum ni mane pernah RETIS follow twitta aku . First time ni , sebab tu aku jadi terencat sikit adoii . Hehe ok bai .

Wednesday, November 30, 2011

Detektif Bertudung Hitam kupas Teknik Menghilangkan rasa MALU

Salam . Nampaknya title aku kali ni lebih panjang dari title sebelum sebelum ni . Okey , mana datang detektif segala bagai pulak ni kan ? Zam jadi detektif ke cuti cuti sekolah ni ? HAHA . Sebenarnya aku nak cakap yang aku baru habis baca ada satu novel ni and its title as stated above . Novel ni aku pinjam dari sorang kawan kelas aku masa akhir2 sekolah hari tu sebab memang dah bosan tahap tak tau nak cakap macam mana dah . Actually aku ada baca lagi satu novel sebelumnya : Rindu Di Awan Biru by Meen Zulaikha, just aku tak nak la cerita pasal novel tu sebab jalan cerita dia lebih kurang sama dengan novel2 yang pernah aku baca sebelum ni . 






Okay , bagi aku celoteh sikit pasal novel ni . Novel Detektif Bertudung Hitam ni karya Bahruddin Bekri , diterbitkan pada 8 Mac 2009 *tarikh birthday aku tu.Aku akui memang aku ketinggalan zaman, yela dah 2 tahun lebih kot novel ni published .Mempunyai 298 muka surat, berharga RM 17.90 dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan yang paling aku suka that is PTS ONE SDN. BHD .
Tunjang utama novel ini adalah watak Az-Zahra berumur awal 20-an , lulusan STPM dan berminat menjadi kerani . Kesempitan hidup di mana keadaan ayahnya yang menderita penyakit hati membuatkan Zahra tekad untuk membantu ibunya dari segi kewangan bagi membayar bil pembedahan ayahnya yang sakit . Masalah utama yang dihadapi gadis ini ialah dia merupakan gadis yang amat pemalu apabila berhadapan dengan orang yang baru dikenali dan masalah ini juga merupakan penghalang baginya berjaya dalam setiap temuduga  yang dihadiri . Namun akhirnya takdir menyebelahinya apabila berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat penyiasatan : Siasat Siasat Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Encik Zabidi . Dalam pada itu , Zahra bersetuju untuk memasuki kelas Menghilangkan Rasa Malu yang dicadangkan oleh teman baiknya Mia . Di situ , dia menemukan rakan2 yang mempunyai masalah yang sama dengan dirinya .

  • Zamri - malu kerana jari tangannya ada tujuh *nak guna nama aku jugak haha .
  • Jazzabel - malu apabila berhadapan dengan orang ramai kerana ingin menjadi seorang penyanyi
  • Kamarul - malu kerana ingin menjadi seorang mat rempit
  • Hamidon - malu pada perempuan 

Baiklah , dalam kelas tersebut , peserta diajar empat teknik yang berkesan yang katanya berasal dari Ponorogo,Indonesia *mula mula aku baca porno,erkk .
Antara teknik yang diajar oleh Cikgu Roslan Ana :-

TEKNIK MENGHILANGKAN RASA MALU 

1. Alihkan cara kita berhubung , berkomunikasi terhadap orang yang kita kenal dan rapat kepada orang yang kita tidak kenal . Contohnya apabila kita bersama orang yang kita kenal , misalnya kita akan bertanya "apa khabar" kan ? jadi , kita buat jugak macam tu dekat orang yang kita tidak kenal . Sedikit sebanyak , rasa malu akan berkurangan .

2. Jangan terlalu fokus pada diri sendiri , jangan terlalu memikirkan perasaan & kata2 kita  apabila perlu berjumpa / berbual  dgn seseorang yang baru kita kenal . Sebab apabila berbuat sedemikian, kita akan gugup dan jadi malu . Jadfi alihkan perhatian kepada perasaan & kata2 orang yang baru kita kenal . Fikirkan  apa yang orang itu suka bualkan , jangan fikir apa yang kita suka . Perhatikan bagaimana orang itu berbual dan berkata dan bukan sebaliknya .

3. Terlebih dahulu bertanya kepada orang yang kita baru kenal . Tanya dia soalan yang jawapannya lebih kpd 'ya' ataupun 'tidak' . Contohnya tanya pendapat dia berkenaan politik dunia ataupun berkenaan perlawanan bola sepak . Kita akan mula berani dan perasaan malu tu akan hilang sedikit sedikit lama lama jadi bukit ehhh.

4. Jangan terlalu mempercayai imaginasi kita . Contohnya sebelum kita ke sesuatu perjumpaan , kita sudah berimaginasi yang perjumpaan itu berjaya dan lancar tapi pada hakikatnya sebaliknya . Jadi berhenti memikirkan apa yang difikirkan oleh orang itu berkenaan diri kita . Contoh lain kita berimaginasi yang orang itu memikirkan kita pemalu / pendiam sedangkan orang itu sebenarnya belum membuat apa apa tanggapan pada diri kita kan . malah mungkin di asedang memikirkan yang kita peramah . Kata lainnya jangan bersangka negatif pada orang yang baru dikenali

Itulah 4 teknik yang dikemukakan dalam novel ni , so korang ni pemalu tak ? Aku rase aku tak pemalu sebab kalau ada orang yang tanya jam pukul berapa , arah jalan yang mana , and etc aku tak de pulak tunduk pandang bumi macam Zahra ni .



psstt : penat aku selak balik teknik2 tu dekat page mana...

Monday, November 21, 2011

MANA lagi DUA??





Assalam . Selamat petang . Kali ni hanya sekadar short entry saja dari aku . Aku sebenarnya memang dah lama nak update pasal ni , tapi ada la benda benda yang menghalang aku daripada meng-update ni kan . Jadi , supaya kamu semua faham , perhatikan gambar ni :-

*kau tengok kat dalam kotak merah tu







Lepas tu , tengok gambar ni pulak :-

*tengok kotak merah jugak .


Jadi , mana lagi 2 orang follower aku??? bende ni dah lama  kot berlaku kat aku atau mungkin kat korang korang jugak  , jadi apa pandangan korang atau korang tahu macam mana nak terangkan kat aku apa yang terjadi actually? Aku ada jugak tanya member blogger aku , dan dia jawab "memang macam tu la , aku pun pernah kena sekali, aku biarkan aje" . Tapi , aku still tak puas hati , then aku try godek godek kat google :-




Aku sendiri tak paham , apa hasil carian ni , jadi , ada siapa siapa yang bijak pandai nak tolong aku?

Saturday, November 12, 2011

ZAM IJAM join contest En.Shahmin







Assalamualaikum semua . Kali ni aku nak join contest yang dibuat hasil kerjasama Cik Linda dan En.Shahmin ni . Contest ni diberi nama Creative Candid With Buddies .The truth is aku tak tahu pun akan kewujudan contest ni sampai la En Shahmin ni sendiri yang jemput aku untuk join through my shoutbox .





Contest ni senang je , sebab tak memerlukan apa apa syarat yang mungkin membatas kan para blogger untuk join .Hanya sertakan gambar-gambar candid kamu semua dengan buddies masing-masing .Diingatkan paling maksimum 3 keping gambar sahaja yang boleh disertakan . Kalau anda masih tak puas hati , boleh tonyoh sini untuk tengok full description about this contest .



Berikut merupakan gambar-gambar yang tak seberapa aku : -





First candid :


Gambar ni di ambil masa dalam bas nak bertolak ke Pulau Pinang . masa ni tengah sibuk cerita apa yang masing-masing bawak and perancangan bila dah sampai Penang nanti .haha .






Second candid :


Gambar ni pulak ditangkap masa kitorang tengok-tengok rumah peninggalan Tokoh Melaka:Munsyi Abdullah di Kampung Ketek. Ni kononnya baru balik and nak masuk rumah la ni ,haha.





Third candid :


Gambar yang ni pulak di-snap di Dataran Keris,Alor Gajah lepas kitorang baru balik dari majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR/SPM/STPM tahun lepas dekat sekolah . Time ni memang tak de kerja , so lepak-lepak je la kan sambil minum Slurpee and icecream . Nyum nyum !



Okay , memandangkan tuan punya contest ni tak menyertakan syarat untuk tag blogger-blogger lain, kamu semua jangan ingat contest ni hanya khas untuk blogger yang di jemput saje , tapi untuk semua . Jadi kalau ada yang berminat  , boleh la cepat-cepat selongkar segala album gambar yang kau ada selama ni *erkk .
Oh ya , korang mesti tertanya-tertanya , 'apa hadiahnya' kan? so , setakat ni , jumlah betul dan apa hadiahnya belum lagi diputuskan , tapi tak mengapa , sebab aku join contest ni bukan sebab nak hadiah je semata , tapi nak eratkan hubungan sesama blogger , kan baik amalan aku ni? *angkat bakul naik lif .
Okay SALAM .


Thursday, November 10, 2011

PENAT jadi PELUH

Selamat petang , okay ni cerita masa dekat sekolah tadi.Dari pagi datang sekolah,Cikgu Humairah(guru editor majalah SEDIA) panggil aku dan sorang lagi kawan aku untuk tolong buat final touch-up before majalah SEDIA di print-out kan . Kawan aku ni Naib Ketua Editor *bangga sekejap . Nak tahu siapa dia tonyoh sini  .
Seriously aku cakap , memang penat tahap 240 km/j *erkk.





Editing process tu jadi lambat disebabkan budak-budak sekolah ni tak bagi kerjasama . Announcement dah 2 3 kali buat , still berkelakuan macam tak dengar apa-apa , buat aku mendidih je . Last-last aku lah kena tawaf dua blok panggil semua ketua-ketua tingkatan . Sabar je lah .





Editing tu habis dalam jam 11.40 pg , lepas tu masa jumpa Ustzh Rodziah dalam bilik guru , jumpa pulak Ustzh Azizah n Ustzh Misliza yang kemudiannya mintak tolong kat kitorang untuk tawaf 3 form that is form1 , form 2 and form 4 . . Kitorang kena edarkan borang kemasukan 2 pertandingan : Takbir Raya , Spell It Right in JAWI .Dah habis kerja tu semua , kitorang jumpa balik kedua-dua ustzh td untuk pulangkan lebihan borang-borang tu and ni yang terjadi ...




"Ustazah , ni lebih borang tadi"
"Eh kenapa ada lebih?"
"Satu kelas satu borang kan?"
"Astaghfirullahalazim , bukan satu tapi lebih.."
"Haaaa??? kitorang ingat satu je..?"




Jadi kenalah lagi sekali kitorang tawaf balik habiskan borang-borang lebihan tadi tu . When all done , peluh-peluh kitorang menyebabkan kitorang dapat upah ...weeeeeee.Lepas tu , baru la boleh rehat sikit dalam kelas sambil baca novel . 





Actually aku cerita kat korang ni bukan sebab aku menyesal tolong cikgu-cikgu aku tu , tapi saja nak share kepenatan aku *erkk boleh ke?.Lagipun dah akhir-akhir tahun ni , duduk dalam kelas , bukan buat apa apa pun, so boleh la menambahkan pahala kan? . Anda nak pahala?bolehlah catat sikit dalam kotak hikmat Zam Ijam ok . :)

Friday, November 04, 2011

FAMOUS PERLU SOMBONG?

ASSALAMUALAIKUM serta SALAM MELAKA MAJU. Dalam entri Minggu 40...BERSEDIA yang lepas , aku sibuk cakap pasal FINAL EXAM aku yang mampu membuat aku semput dada ,adeh . Jadi sekarang ni ,  ada siapa siapa yang nak turut sertai aku untuk LOMPAT TINGGI TINGGI setinggi awan biru sebab peperiksaan akhir tahun aku dah pun melabuhkan tirainya hari rabu yang lepas . Sip Sip Hooray !
Baeklah , entri aku kali ni nak sentuh sikit pasal bab sombong-menyombong.





Bagi anda-anda , perlu ke ada sikap sombong dalam diri ? Terutama bagi individu-individu yang agak dikenali a.k.a FAMOUS! . sebelum korang fikir yang bukan bukan , aku nak tekankan yang ini kisah bukan aku punya kisah *sebab aku langsung tak FAMOUS  . tapi kisah ni berlaku di persekitaran aku .Bermakna aku di sini hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dengan kalian kalian tentang sombong .






Aku rasa tak perlu kot nak sombong sombong , sebab nanti orang kat luar akan pandah rendah kat kita kan? Pada pendapat aku , bila semua orang like going crazy after him/her , dia akan rasa "ohh aku ni ramai orang kenal , jadi kena jaga jaga sikit , kalau tak jatuh publisiti aku nanti" , jadi secara peribadi aku rasa perasaan tu membuatkan dia menjadi kurang mesra dengan orang lain . erti kata lain  , dia akan mula tunjuk yang dia tak perlu bermesra/menegur  orang kecuali orang lain sendiri yang nak bermesra/menegur dia . Secara automatiknya orang akan berfikiran " ehh dia tu kenapa tak pernah nak tegur kita eh? Kalau kita tegur dia , dia layan pulak?"






Tapi yang peliknya bila tidak bertemu muka a.k.a DALAM LAMAN SOSIAL dia ni baik pulak , rajin tegur tegur orang , rajin balas pendapat pendapat orang . Jadi mungkin ada dalam dunia ni Sombong Luaran dan Sombong Dalaman . Mungkin kamu semua akan cakap 'eh budak ni kecik kecik dah pandai sentuh isu sensitif' , tapi dengan cara ini aku akan lebih matang kan dalam kehidupan?  Baiklah , aku rasa aku dah cukup dengan isu ni , dan mungkin juga aku silap kerana setiap orang ada alasan masing masing kan mengapa bertindak sedemikian rupa? Jadi , sila maafkan aku jika aku salah .




perlu ??



psstt : laman sosial aku dah bertambah ,hehe .

Saturday, October 22, 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA



ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA 





Apa khabar reader-reader sekalian ? ada baik ka? ye lah , aku dah lama tak update blog  ni , due to FINAL EXAM yang mampu membuat aku tercekik guling-guling tu la .



Okeh , aku update ni sebab nak meng-Join satu contest dari Blogger Kacak Mr. Daniel Adie ni .
Actually this is my first time ever meng-Join contest-contest ni . so kalau ada yang kureng sana-sini , kau faham-faham je lah .




Contest ni pun dah agak lamo sebenonye , cuma aku jer yang ketinggalan nak Join ni , ni semua sebab SEKALI LAGI---->> FINAL EXAM aku . sila kesian terhadap aku . Jadi memandangkan aku sekarang ni tengah cuti dari mood exam sebab pepriksaan tersebut akan bersambung semula 2minggu akan datang , aku pun nak la jugak join ini contest , tak nak ketinggalan lah katakan . sebab aku nak merasa ada patung Angry Bird yang ala-ala comel tu . Asek pelok si Spongebob aje , HAHA! sory span kuneng .

Baeklah , ini gambar aku yang tak sempat nak edit lebih-lebih disebabkan masa yang LIMITED .
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v






 Gambar sebelah kiri ditangkap di saat aku  pergi expo dekat Alor GAJAH 
manakala gambar di sebelah kanan ditangkap di saat aku takde mood .NGEH NGEH NGEH .




Dan SLOGAN aku------>> 



Terkadang, senyuman palsu terukir apabila hati tidak merelakan setiap gerak-geri kita diperhatikan disebabkan emosi diri yang tidak stabil pada saat itu.





Oleh karana Syarat-syaratnya kena tag blogger lain .. aku tag . .



Hati dah maken cuak sebab join last-last menet , harap-harap dapat saguhati pon jadi la .
Baeklah . SEKIAN.

Sunday, October 09, 2011

Minggu 40....BERSEDIA

Assalamualaikum W.B.K


Sila buka mata nda luas-luas sebagai tanda penghargaan anda terhadap Zam sebab sanggup post new entry dalam keadaan tengah GENTING ni *plan nak g cuti kat Genting .




Okey kalau korang tengok tajuk entri aku ni pon agak pelik kan? Tak pelik aeh? Abaikan .
Tak ada simile pon kan antara Minggu 40 dan juga BERSEDIA *simile tu ayat komsas . Jadi dah tentu la terang , lagi aku nak suluh yang aku ada 2 tajuk besar dalam entri ni .Okey , cukup dengan pendahuluan . Kita masuk isi pertama.





Okey , firstly aku nak cerita pasal minggu ke-40 dalam tahun two zero one one ini dan itu merupakan minggu ini *paham tak? .Okay , as a student aku rasakan minggu ini merupakan "THE TOUGHEST WEEK OF THE YEAR" . Sebab apa? Meh aku nak cerita ---------->>





ISNIN- busy study BIO + habiskan syllabus *betul tak aku eja? Bio in a hurry. The same goes to CHEMIST subject yang ade lagi satu chapter belum belajar *mati kena keja.





SELASA- cekgu ADDMATH aku punya la baek hati, dermawan * cekgu, saya ampu cekgu ni tapaukan kitorang dengan assignment yang segunung * bagi aku sehelai tu ibarat segunung,jadi kalau 5 helai 5 gunung la aku dapat ,OK CUKUP! Tambah stress lagi pulak classmate aku sorang ni dengan selumberr blurr je dia bawak balik kertas assignment  aku tu . Merana aku kat rumah . Petang tu pulak sambung tugas jadi editor MAJALAH SEDIA *majalah sekolah aku . Dah la form5 tak dapat datang sebab manyak class nak attend , nak2 dekat-dekat SPM ni , terpaksa la kitorang yang form4 ni yang buat . Tapi tak pe la kan , "APE YANG PENTING ,,,,KERJASAMA" , kata Wonderpets.





RABU- subject Physics pon cekgu nak habeskan syllabus jugak *boleh dikatakan most of the science subject tak habis syllabus lagi. Petang tu sambung lagi edit majalah sekolah. *penat seyhh .




KHAMIS N JUMAAT- still tak ceria jugak walaupun dua hari tu merupakan hari HOLIDAY kpd Form4 disebabkan PMR tu la .Dah alang2 along2 acik2 cuti 4 hari tu , cekgu pun grab la tis opportunity bagi kitorang homework  banyak-banyak. ARGGGGHHHH! . N berbekalkan cuti 4 hari tu jugak la kena study n revise balik  semua subject memandangkan minggu 41 depan akan ada FINAL EXAM  . Exam ni selaras Negeri Melaka pulakk.



Secondly , aku nak masuk bab BERSEDIA tu yang aku rase korang-korang pun dah tau sebab aku dah bagi HINT yg gedabak besar kat atas tu .So Final Exam ni akan bermula pada 12OKTOBER ni sampai awal bulan depan kalau tak silap. Almost 4weeks tu exam *mati la aku .







Dan di kesempatan ini , aku nak mintak jasa baik korang2 yang baca entri aku ni untuk doakan aku dapat pass with flying colours exam ni .
Jangan korang tak tau , dalam aku sedap-sedap mengomen blog korang-korang aku sendiri tengah tension, sebab tu aku 0n9 *alasan bijak kan mak?

ok la , aku nak sambung study , aku dah habis paper t . ade idea aku update lagi .

Saturday, October 01, 2011

.:=10 Fakta ZAM IJAM


Asaalamualaikum , Salam Sejahtera , Salam 1 Malaysia , Salam Melaka Maju dan salam seterus2nya kpd hadek2 , kakak2 , habang2 , makcek2 , pakcek2 , jiran kanan , jiran kiri walaupon korang bukan antara follower aku pon haha !  , ok ni merupakan entri pertama aku bulan OCT ni . jd smpena bulan yg baru , aku nk bocor rahsia2 aku yg konfem korang xtawu  kat korang supaya aku xpenat sangat simpan rahsia banyak2 *erkk



*gambar ni mmg xde kena mengena , so ada sy peduli?



1 . Umur saya 16 tahun(form 4laa) ,  bersekolah di SMK Dato’ Dol Said Bestari Alor Gajah, Melaka .
kat sekolah, saya ambil  aliran Sains Tulen . *erti omputeh Pure Science, ehh xpaham jugak, lantak kau la




2 . Saya ada 4orang bilangan adik-beradik,saya juga merupakan anak bongsu kpd En.Hassan dan Pn.Hasnah *xkenal?, abaikan!




3 . Saya start jadi blogger since May 2011 , kalao korang nk tawu entri pertame pulak pd 27 May .




4 . nak tawu kesukaan saya? . Saya suke makan macam2 , kalao nk senaraikan , kompem anda buhsan .
tp xpe, bg sket je la, urmm suke makan AYAM GORENG *saye abg Ipin, erkk . Suke jugak terhadap MEXICO BUN *xtawu, pegi tanye pakcik Google .suke semua masakan MAK saya *sbb sodapp .tapi saya xsuke ehem2 :

  • adek beradek Kobes Bunge
  • Petola
  • Kacang wane hijau yg orang masok dalam nasi minyak tu
  • xberape nak suke sayur bayam n adek beradeknye kecuali Kangkung
  • Nangka
  • Keledek
  • Pedal ayam
  • Air Keladi
  • kau nak tawu lagi ke?
  • xpayah laa banyak2, siket cukop kan??
  • kalau aku xnak bgtawu kau nk buat apa? hahaha!




5 . saya seorang yg sukakan muzik , lagu2 terbaru yg best mesti boleh hafal punye .
terutame lagu dari artis2 : Dato CT , Stacy , Tomok , Anuar Zain , ekcelly ade banyak lagi .Saya juga suka ber-karaoke * ade sape2 yg nak ajak karaoke? 




6 . Saya seorang yang sukakan kekemasan , pantang tengok  tempat bersepah-sepah ni *tp tengok tempat jugak la . Dekat kelas slalaunye , saye yg sapu sampah *kalau dah kotor sgt la , tolong bukak tingkap , tutup tingkap , tutup pintu , betulkan balek ape2 peralatan yg xberada pd kedudukan sbnarnye (*ni bukan nk tunjuk aku rajen giler k) . It's juz lik macam mata saya ni saket tgok tempat bersepah ni .





7 . Saya ni sedikit KEPOCHI *maen hentam, xtaw eja , suka nak tawu hal2 yg berlaku kat sekeliling saya ,
lebih kurang macam sy ni xsuka ketinggalan apa2 news pon ! Mesti nk updated ~





8 . Saya suke tengok tv . Hari2 hadap tv jee , sebab tu aku tawu semua drama2 kat setiap slot stesen tv tu ,*xpercaye sudah!




9 . Saya suka maen mesej *sms , tp x berape suke calling , sebab kadang2 number yg call kite tu unknown kan , tu yg malas angkat call *alasan baek x?





10 . Kalao boleh nak masok ASWARA , *kalau berkelayakan la ,bercita-cita menjadi seorang penyanyi
* erkk agak2 bolehh?











dah2 , dah habes pon , Ape? kau nk tawu lg? kenapa sepuloh je? ehh kau nk tawu lg pegi upah detective laa siasat pasal aku . Xnak jugak? ok2 , aku bg lagi  . ..

11 . Bertemu lg pada entri saya yg seterusnya *nak lempang laju2 tak? HAHA!



Sunday, September 25, 2011

Zam FAN dia.

ASSSALAMUALAIKUM


merujuk kpd title di atas *mcam surat rasmi laa pulak  Zam merupakan salah seorang drpda FAN sape?
Retis ni laa yg aku nak crite kat korang2 sume .








ni baru ambek fresh2 dari blog retis ni tawu .


aku nak flashback balek , aku mule ngeFAN ngan dy ni , lepas dye tup2 jadi JUARA AF6 , aku time tu memang xlayan sangat AF ni . so bile dy dah mule jadi retis , aku mule minat kat dia . nk tawu sbab ape? . becoz of her dance style  . ! i rily luv it ! dan lagu2 dia pon boleh get along ngan aku . sbab tu aku suka sangat .
OK ! back to the present time ! baru2 ni , STACY  launch album baru dia yg brtajuk STAY-C .











album ni direleased pd 9 SEPT hari tu .

okey , nak aku review pasal album ni? boleh .
Album ni ada 7 buah lagu which is :





  • Kananova ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim
  • Cemburu – lagu Kunci Demak & lirik dari Akim AF7
  • Bosan – lagu: Omar K & Kimberly & lirik: Omar K
  • Lalai – Lagu & lirik: KunciDemak
  • Kapsul – Lagu: Audi Mok & Lirik Zel Hadauan
  • Gempur duet bersama Amy Search – Lagu & Lirik: Edrie Hashim
  • Pelangi Senja – Lagu: Taja MUH / Lirik: Tun Teja.




Ape yg memeranjatkan ialah Akim merupakan penulis lirik bg lagu Cemburu ! dan stacy mmg xpernah jangka yang akim akan jd penulis lirik untuk lagunya itu . Satu lg yang special , Stacy ada mengundang AMY SEARCH untuk berduet bersama dalam lagu GEMPUR . Korang boleh bayangkan tak, stacy duet dgan amy , WAWW!  tat's must b awesome, i think !



Dalam banyak2 lagu ni , aku dah tersangkut dengan beberapa lagu dalam ni . 
Nak tawu lagu yang mane , scroll bawah lagi .


KASANOVA . click untok tgok full song ~

n kalao korang boleh layan n nak menggoreng lagu ni bersama , scroll lagi bawah untok tengok its full lyrics!





KASANOVA

Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tak mati dipijak
Lemah lembut bicara

Semakin ku buka hati
Semakin buka mata
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula-mula kubenar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya

Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa-rupanya jahatnya suka-suka

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain

Sia-sia aku setia
Akhirnya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula-mula kubenar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya

Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa rupanya jahatnya suka suka

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula-mula ku benar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya

Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa rupanya jahatnya suka-suka

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova) 





Aku memang boleh layan lagu ni habes2 , sure x bosan punya .
N antara lagu lain yg aku ADORE ialah . . . . . . 






KLIK SINI KALAU NAK TAU
.
.
.
.

KISAH DONGENG


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja








NEXT . . . ..








DAN INI JUGA




.
.
.
.
.
LALAI




Terjerumus terhempas tiada kata lagi 
Seperti diriku telah hilang pergi 
Berhadapan berada pengubat rindu ini 
Berjuta prasangka tertanya di hati 

Sememang cinta ini mengasyikkan 
Terpaku sejenak dalam keajaiban 
Hanya aku masih saja mencintaimu 
Mendambakanmu 

Meskipun ada kalaku terlalai jauh 
Ku tetap mencintaimu tetap milikmu
 Kerana cintamu hadir di setiap nafasku 

Bersemadi terpatri di dalam sanubari 
Berbisik mantera cinta yang abadi 
Terperangkap terlindung masa yang bersenandung 
Memetik kekata kilas seribu tahun 

Sememang cinta ini mengasyikkan 
Terpaku sejenak dalam keajaiban 
Hanya aku masih saja mencintaimu 
Mendambakanmu 

Meskipun ada kalaku terlalai jauh 
Ku tetap mencintaimu tetap milikmu 
Kerana cintamu hadir di setiap nafasku 

Hanya aku masih saja mencintaimu 
Mendambakanmu 

Meskipun ada kalaku terlalai jauh 
Ku tetap mencintaimu tetap milikmu 
Kerana cintamu hadir di setiap nafasku 


Hanya aku masih saja mencintaimu
 Mendambakanmu 

Meskipun ada kalaku terlalai jauh 
Ku tetap mencintaimu tetap milikmu 
Kerana cintamu hadir di setiap nafasku





wowowowo hummmmm . *EH2 , sory2 . tengok?? addicted ke x lagu ni?
siyes waa cakap .!
ok dahh . Aku rase jari2 aku pon dah melalak suruh letupkan2 sekarang ni . 
Aku berhenti kat sini dulu .
Ada crita baru , gua kasi crita  , woraitt?






tempoh umur blog zam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers