LIVE

HTML/JavaScript

Geng Baek Hati

Wednesday, November 30, 2011

Detektif Bertudung Hitam kupas Teknik Menghilangkan rasa MALU

Salam . Nampaknya title aku kali ni lebih panjang dari title sebelum sebelum ni . Okey , mana datang detektif segala bagai pulak ni kan ? Zam jadi detektif ke cuti cuti sekolah ni ? HAHA . Sebenarnya aku nak cakap yang aku baru habis baca ada satu novel ni and its title as stated above . Novel ni aku pinjam dari sorang kawan kelas aku masa akhir2 sekolah hari tu sebab memang dah bosan tahap tak tau nak cakap macam mana dah . Actually aku ada baca lagi satu novel sebelumnya : Rindu Di Awan Biru by Meen Zulaikha, just aku tak nak la cerita pasal novel tu sebab jalan cerita dia lebih kurang sama dengan novel2 yang pernah aku baca sebelum ni . 






Okay , bagi aku celoteh sikit pasal novel ni . Novel Detektif Bertudung Hitam ni karya Bahruddin Bekri , diterbitkan pada 8 Mac 2009 *tarikh birthday aku tu.Aku akui memang aku ketinggalan zaman, yela dah 2 tahun lebih kot novel ni published .Mempunyai 298 muka surat, berharga RM 17.90 dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan yang paling aku suka that is PTS ONE SDN. BHD .
Tunjang utama novel ini adalah watak Az-Zahra berumur awal 20-an , lulusan STPM dan berminat menjadi kerani . Kesempitan hidup di mana keadaan ayahnya yang menderita penyakit hati membuatkan Zahra tekad untuk membantu ibunya dari segi kewangan bagi membayar bil pembedahan ayahnya yang sakit . Masalah utama yang dihadapi gadis ini ialah dia merupakan gadis yang amat pemalu apabila berhadapan dengan orang yang baru dikenali dan masalah ini juga merupakan penghalang baginya berjaya dalam setiap temuduga  yang dihadiri . Namun akhirnya takdir menyebelahinya apabila berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat penyiasatan : Siasat Siasat Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Encik Zabidi . Dalam pada itu , Zahra bersetuju untuk memasuki kelas Menghilangkan Rasa Malu yang dicadangkan oleh teman baiknya Mia . Di situ , dia menemukan rakan2 yang mempunyai masalah yang sama dengan dirinya .

  • Zamri - malu kerana jari tangannya ada tujuh *nak guna nama aku jugak haha .
  • Jazzabel - malu apabila berhadapan dengan orang ramai kerana ingin menjadi seorang penyanyi
  • Kamarul - malu kerana ingin menjadi seorang mat rempit
  • Hamidon - malu pada perempuan 

Baiklah , dalam kelas tersebut , peserta diajar empat teknik yang berkesan yang katanya berasal dari Ponorogo,Indonesia *mula mula aku baca porno,erkk .
Antara teknik yang diajar oleh Cikgu Roslan Ana :-

TEKNIK MENGHILANGKAN RASA MALU 

1. Alihkan cara kita berhubung , berkomunikasi terhadap orang yang kita kenal dan rapat kepada orang yang kita tidak kenal . Contohnya apabila kita bersama orang yang kita kenal , misalnya kita akan bertanya "apa khabar" kan ? jadi , kita buat jugak macam tu dekat orang yang kita tidak kenal . Sedikit sebanyak , rasa malu akan berkurangan .

2. Jangan terlalu fokus pada diri sendiri , jangan terlalu memikirkan perasaan & kata2 kita  apabila perlu berjumpa / berbual  dgn seseorang yang baru kita kenal . Sebab apabila berbuat sedemikian, kita akan gugup dan jadi malu . Jadfi alihkan perhatian kepada perasaan & kata2 orang yang baru kita kenal . Fikirkan  apa yang orang itu suka bualkan , jangan fikir apa yang kita suka . Perhatikan bagaimana orang itu berbual dan berkata dan bukan sebaliknya .

3. Terlebih dahulu bertanya kepada orang yang kita baru kenal . Tanya dia soalan yang jawapannya lebih kpd 'ya' ataupun 'tidak' . Contohnya tanya pendapat dia berkenaan politik dunia ataupun berkenaan perlawanan bola sepak . Kita akan mula berani dan perasaan malu tu akan hilang sedikit sedikit lama lama jadi bukit ehhh.

4. Jangan terlalu mempercayai imaginasi kita . Contohnya sebelum kita ke sesuatu perjumpaan , kita sudah berimaginasi yang perjumpaan itu berjaya dan lancar tapi pada hakikatnya sebaliknya . Jadi berhenti memikirkan apa yang difikirkan oleh orang itu berkenaan diri kita . Contoh lain kita berimaginasi yang orang itu memikirkan kita pemalu / pendiam sedangkan orang itu sebenarnya belum membuat apa apa tanggapan pada diri kita kan . malah mungkin di asedang memikirkan yang kita peramah . Kata lainnya jangan bersangka negatif pada orang yang baru dikenali

Itulah 4 teknik yang dikemukakan dalam novel ni , so korang ni pemalu tak ? Aku rase aku tak pemalu sebab kalau ada orang yang tanya jam pukul berapa , arah jalan yang mana , and etc aku tak de pulak tunduk pandang bumi macam Zahra ni .



psstt : penat aku selak balik teknik2 tu dekat page mana...

9 comments:

Zac Rega said...

novel zac semua syarikat penerbitan PTS ONE SDN. BHD. :DD

Blogger bernama Zam ! said...

Zac Rega : PTS ONE memang semua best2 . adore gila .haha

hawiz said...

tu novel kanak2 ker?

Blogger bernama Zam ! said...

hawiz : bukan la bang ,ni novel remaja , novel ni ada cerita pasal kes pembunuhan and penyiasatan .

Zakaria's daughter said...

hehe , kanak2 >_< adoy

Blogger bernama Zam ! said...

Zakaria's daughter : adoi , bukan la , ni novel remaja , :)

hyz said...

sy tak tahu malu. sape nak belajar nak jd x tau malu leh antar resume. wakakka

Yasmin ♥ said...

http://pensildanbukunota.blogspot.com/2011/12/freebies-doodle-muslimah-2.html :D

angga zhan said...

wow... THX for share :)
cool,,, by the way,
Follow and Join my blog please
http://gapekamania.blogspot.com
I'm waiting for you there,.
and don't forget to leave your comment. . . .
I'm already follow your blog....

tempoh umur blog zam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers