LIVE

HTML/JavaScript

Geng Baek Hati

Friday, November 04, 2011

FAMOUS PERLU SOMBONG?

ASSALAMUALAIKUM serta SALAM MELAKA MAJU. Dalam entri Minggu 40...BERSEDIA yang lepas , aku sibuk cakap pasal FINAL EXAM aku yang mampu membuat aku semput dada ,adeh . Jadi sekarang ni ,  ada siapa siapa yang nak turut sertai aku untuk LOMPAT TINGGI TINGGI setinggi awan biru sebab peperiksaan akhir tahun aku dah pun melabuhkan tirainya hari rabu yang lepas . Sip Sip Hooray !
Baeklah , entri aku kali ni nak sentuh sikit pasal bab sombong-menyombong.





Bagi anda-anda , perlu ke ada sikap sombong dalam diri ? Terutama bagi individu-individu yang agak dikenali a.k.a FAMOUS! . sebelum korang fikir yang bukan bukan , aku nak tekankan yang ini kisah bukan aku punya kisah *sebab aku langsung tak FAMOUS  . tapi kisah ni berlaku di persekitaran aku .Bermakna aku di sini hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dengan kalian kalian tentang sombong .






Aku rasa tak perlu kot nak sombong sombong , sebab nanti orang kat luar akan pandah rendah kat kita kan? Pada pendapat aku , bila semua orang like going crazy after him/her , dia akan rasa "ohh aku ni ramai orang kenal , jadi kena jaga jaga sikit , kalau tak jatuh publisiti aku nanti" , jadi secara peribadi aku rasa perasaan tu membuatkan dia menjadi kurang mesra dengan orang lain . erti kata lain  , dia akan mula tunjuk yang dia tak perlu bermesra/menegur  orang kecuali orang lain sendiri yang nak bermesra/menegur dia . Secara automatiknya orang akan berfikiran " ehh dia tu kenapa tak pernah nak tegur kita eh? Kalau kita tegur dia , dia layan pulak?"






Tapi yang peliknya bila tidak bertemu muka a.k.a DALAM LAMAN SOSIAL dia ni baik pulak , rajin tegur tegur orang , rajin balas pendapat pendapat orang . Jadi mungkin ada dalam dunia ni Sombong Luaran dan Sombong Dalaman . Mungkin kamu semua akan cakap 'eh budak ni kecik kecik dah pandai sentuh isu sensitif' , tapi dengan cara ini aku akan lebih matang kan dalam kehidupan?  Baiklah , aku rasa aku dah cukup dengan isu ni , dan mungkin juga aku silap kerana setiap orang ada alasan masing masing kan mengapa bertindak sedemikian rupa? Jadi , sila maafkan aku jika aku salah .




perlu ??



psstt : laman sosial aku dah bertambah ,hehe .

14 comments:

eddy syrol said...

sombong takkan bawa ke mana :)

DanieL AdiE said...

Zam belajar kat mane ek??

Z.I Zam Ijam said...

eddy syrol : memang betul , tp sesetengah individu kadang2 asyik bernasib baik je , erkk .

Z.I Zam Ijam said...

DanieL AdiE : kan zam Form4 lagi ..SMK Dato' Dol Said ,, erkk kenape ye?

Afiqah Kamal said...

zam munyik cam perli chak kan -.- ok i'm sorry for being SOMBONG.. nanty chak delete post "faker is awesome" kalau maybe that's make u uncomfortable .. sorry again *chak minta maaf 抱歉*

Z.I Zam Ijam said...

Amish jugak : all of this are nothin to do wif u la chak . tapi kalau chak nak buat , ok jer .;)

eddy syrol said...

adek zam,bernasib baik itu cuma sebahagian kecil saja dlm hidup kita as human.. yg lebih besar, malah yg lebih nikmat ialah berusaha.. ermm..cam lari topik je..hehehe

Z.I Zam Ijam said...

Eddy Syrol : it's ok , btw thnx a lot abg ! appreciate it .

Judiene said...

Hmmm.
Ape yang boleh aku cakap, aku bukan nak menambah minyak pada api yang membara tapi aku pun sekadar nak berkongsi cerita lah.
Macam blogger-blogger yang famous amous ni, diorang ade yang rajin blogwalking, ade yang malas sebab tak blogwalking pun ramai je orang datang blog dia.
Macam tu la gamaknye pemikiran dia.
Tapi nak buat macam mana kan, manusia ni kita tak boleh ubah selagi dia tak ubah diri dia sendiri.
Kalau dah kesombongan dia tu membuat kita meluat, aku nasihatkan tak payah lah bersusah-susah fikir pasal dia.
Just ignore kan jela.

:)

Z.I Zam Ijam said...

Judiene : mungkin pandangan Judiene menjurus kpd blogger2 , tapi saya tak mengia juga menidakkan . saya hanya berkata secara umum , supaya tiada sesiapa yg terasa . ape ape pun ..terima kasih sudi bagi pendapat ,

Hizami Li said...

haha. tak perlu nak layan sangat sombong sombong ni. ramai lagi orang yang nak kawan dengan kita kat luar sana. :D

Z.I Zam Ijam said...

Hizami Rahim : huhu okay okay , kadang-kadang yang sombong tu la yang selalu terserempak dengan kita , erkkk haha .

Orang Kita said...

x bek sombong2 nie,, huuu tq follow blog popoi,, ^^

Z.I Zam Ijam said...

Popoi : memang betol ,haha .
ok welcome . u too .happy blogging .

tempoh umur blog zam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers