LIVE

HTML/JavaScript

Geng Baek Hati

Sunday, October 09, 2011

Minggu 40....BERSEDIA

Assalamualaikum W.B.K


Sila buka mata nda luas-luas sebagai tanda penghargaan anda terhadap Zam sebab sanggup post new entry dalam keadaan tengah GENTING ni *plan nak g cuti kat Genting .




Okey kalau korang tengok tajuk entri aku ni pon agak pelik kan? Tak pelik aeh? Abaikan .
Tak ada simile pon kan antara Minggu 40 dan juga BERSEDIA *simile tu ayat komsas . Jadi dah tentu la terang , lagi aku nak suluh yang aku ada 2 tajuk besar dalam entri ni .Okey , cukup dengan pendahuluan . Kita masuk isi pertama.





Okey , firstly aku nak cerita pasal minggu ke-40 dalam tahun two zero one one ini dan itu merupakan minggu ini *paham tak? .Okay , as a student aku rasakan minggu ini merupakan "THE TOUGHEST WEEK OF THE YEAR" . Sebab apa? Meh aku nak cerita ---------->>





ISNIN- busy study BIO + habiskan syllabus *betul tak aku eja? Bio in a hurry. The same goes to CHEMIST subject yang ade lagi satu chapter belum belajar *mati kena keja.





SELASA- cekgu ADDMATH aku punya la baek hati, dermawan * cekgu, saya ampu cekgu ni tapaukan kitorang dengan assignment yang segunung * bagi aku sehelai tu ibarat segunung,jadi kalau 5 helai 5 gunung la aku dapat ,OK CUKUP! Tambah stress lagi pulak classmate aku sorang ni dengan selumberr blurr je dia bawak balik kertas assignment  aku tu . Merana aku kat rumah . Petang tu pulak sambung tugas jadi editor MAJALAH SEDIA *majalah sekolah aku . Dah la form5 tak dapat datang sebab manyak class nak attend , nak2 dekat-dekat SPM ni , terpaksa la kitorang yang form4 ni yang buat . Tapi tak pe la kan , "APE YANG PENTING ,,,,KERJASAMA" , kata Wonderpets.





RABU- subject Physics pon cekgu nak habeskan syllabus jugak *boleh dikatakan most of the science subject tak habis syllabus lagi. Petang tu sambung lagi edit majalah sekolah. *penat seyhh .




KHAMIS N JUMAAT- still tak ceria jugak walaupun dua hari tu merupakan hari HOLIDAY kpd Form4 disebabkan PMR tu la .Dah alang2 along2 acik2 cuti 4 hari tu , cekgu pun grab la tis opportunity bagi kitorang homework  banyak-banyak. ARGGGGHHHH! . N berbekalkan cuti 4 hari tu jugak la kena study n revise balik  semua subject memandangkan minggu 41 depan akan ada FINAL EXAM  . Exam ni selaras Negeri Melaka pulakk.



Secondly , aku nak masuk bab BERSEDIA tu yang aku rase korang-korang pun dah tau sebab aku dah bagi HINT yg gedabak besar kat atas tu .So Final Exam ni akan bermula pada 12OKTOBER ni sampai awal bulan depan kalau tak silap. Almost 4weeks tu exam *mati la aku .







Dan di kesempatan ini , aku nak mintak jasa baik korang2 yang baca entri aku ni untuk doakan aku dapat pass with flying colours exam ni .
Jangan korang tak tau , dalam aku sedap-sedap mengomen blog korang-korang aku sendiri tengah tension, sebab tu aku 0n9 *alasan bijak kan mak?

ok la , aku nak sambung study , aku dah habis paper t . ade idea aku update lagi .

Saturday, October 01, 2011

.:=10 Fakta ZAM IJAM


Asaalamualaikum , Salam Sejahtera , Salam 1 Malaysia , Salam Melaka Maju dan salam seterus2nya kpd hadek2 , kakak2 , habang2 , makcek2 , pakcek2 , jiran kanan , jiran kiri walaupon korang bukan antara follower aku pon haha !  , ok ni merupakan entri pertama aku bulan OCT ni . jd smpena bulan yg baru , aku nk bocor rahsia2 aku yg konfem korang xtawu  kat korang supaya aku xpenat sangat simpan rahsia banyak2 *erkk



*gambar ni mmg xde kena mengena , so ada sy peduli?



1 . Umur saya 16 tahun(form 4laa) ,  bersekolah di SMK Dato’ Dol Said Bestari Alor Gajah, Melaka .
kat sekolah, saya ambil  aliran Sains Tulen . *erti omputeh Pure Science, ehh xpaham jugak, lantak kau la




2 . Saya ada 4orang bilangan adik-beradik,saya juga merupakan anak bongsu kpd En.Hassan dan Pn.Hasnah *xkenal?, abaikan!




3 . Saya start jadi blogger since May 2011 , kalao korang nk tawu entri pertame pulak pd 27 May .




4 . nak tawu kesukaan saya? . Saya suke makan macam2 , kalao nk senaraikan , kompem anda buhsan .
tp xpe, bg sket je la, urmm suke makan AYAM GORENG *saye abg Ipin, erkk . Suke jugak terhadap MEXICO BUN *xtawu, pegi tanye pakcik Google .suke semua masakan MAK saya *sbb sodapp .tapi saya xsuke ehem2 :

  • adek beradek Kobes Bunge
  • Petola
  • Kacang wane hijau yg orang masok dalam nasi minyak tu
  • xberape nak suke sayur bayam n adek beradeknye kecuali Kangkung
  • Nangka
  • Keledek
  • Pedal ayam
  • Air Keladi
  • kau nak tawu lagi ke?
  • xpayah laa banyak2, siket cukop kan??
  • kalau aku xnak bgtawu kau nk buat apa? hahaha!




5 . saya seorang yg sukakan muzik , lagu2 terbaru yg best mesti boleh hafal punye .
terutame lagu dari artis2 : Dato CT , Stacy , Tomok , Anuar Zain , ekcelly ade banyak lagi .Saya juga suka ber-karaoke * ade sape2 yg nak ajak karaoke? 




6 . Saya seorang yang sukakan kekemasan , pantang tengok  tempat bersepah-sepah ni *tp tengok tempat jugak la . Dekat kelas slalaunye , saye yg sapu sampah *kalau dah kotor sgt la , tolong bukak tingkap , tutup tingkap , tutup pintu , betulkan balek ape2 peralatan yg xberada pd kedudukan sbnarnye (*ni bukan nk tunjuk aku rajen giler k) . It's juz lik macam mata saya ni saket tgok tempat bersepah ni .





7 . Saya ni sedikit KEPOCHI *maen hentam, xtaw eja , suka nak tawu hal2 yg berlaku kat sekeliling saya ,
lebih kurang macam sy ni xsuka ketinggalan apa2 news pon ! Mesti nk updated ~





8 . Saya suke tengok tv . Hari2 hadap tv jee , sebab tu aku tawu semua drama2 kat setiap slot stesen tv tu ,*xpercaye sudah!




9 . Saya suka maen mesej *sms , tp x berape suke calling , sebab kadang2 number yg call kite tu unknown kan , tu yg malas angkat call *alasan baek x?





10 . Kalao boleh nak masok ASWARA , *kalau berkelayakan la ,bercita-cita menjadi seorang penyanyi
* erkk agak2 bolehh?











dah2 , dah habes pon , Ape? kau nk tawu lg? kenapa sepuloh je? ehh kau nk tawu lg pegi upah detective laa siasat pasal aku . Xnak jugak? ok2 , aku bg lagi  . ..

11 . Bertemu lg pada entri saya yg seterusnya *nak lempang laju2 tak? HAHA!



tempoh umur blog zam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers