LIVE

HTML/JavaScript

Geng Baek Hati

Saturday, November 12, 2011

ZAM IJAM join contest En.Shahmin







Assalamualaikum semua . Kali ni aku nak join contest yang dibuat hasil kerjasama Cik Linda dan En.Shahmin ni . Contest ni diberi nama Creative Candid With Buddies .The truth is aku tak tahu pun akan kewujudan contest ni sampai la En Shahmin ni sendiri yang jemput aku untuk join through my shoutbox .





Contest ni senang je , sebab tak memerlukan apa apa syarat yang mungkin membatas kan para blogger untuk join .Hanya sertakan gambar-gambar candid kamu semua dengan buddies masing-masing .Diingatkan paling maksimum 3 keping gambar sahaja yang boleh disertakan . Kalau anda masih tak puas hati , boleh tonyoh sini untuk tengok full description about this contest .



Berikut merupakan gambar-gambar yang tak seberapa aku : -





First candid :


Gambar ni di ambil masa dalam bas nak bertolak ke Pulau Pinang . masa ni tengah sibuk cerita apa yang masing-masing bawak and perancangan bila dah sampai Penang nanti .haha .






Second candid :


Gambar ni pulak ditangkap masa kitorang tengok-tengok rumah peninggalan Tokoh Melaka:Munsyi Abdullah di Kampung Ketek. Ni kononnya baru balik and nak masuk rumah la ni ,haha.





Third candid :


Gambar yang ni pulak di-snap di Dataran Keris,Alor Gajah lepas kitorang baru balik dari majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR/SPM/STPM tahun lepas dekat sekolah . Time ni memang tak de kerja , so lepak-lepak je la kan sambil minum Slurpee and icecream . Nyum nyum !



Okay , memandangkan tuan punya contest ni tak menyertakan syarat untuk tag blogger-blogger lain, kamu semua jangan ingat contest ni hanya khas untuk blogger yang di jemput saje , tapi untuk semua . Jadi kalau ada yang berminat  , boleh la cepat-cepat selongkar segala album gambar yang kau ada selama ni *erkk .
Oh ya , korang mesti tertanya-tertanya , 'apa hadiahnya' kan? so , setakat ni , jumlah betul dan apa hadiahnya belum lagi diputuskan , tapi tak mengapa , sebab aku join contest ni bukan sebab nak hadiah je semata , tapi nak eratkan hubungan sesama blogger , kan baik amalan aku ni? *angkat bakul naik lif .
Okay SALAM .


Thursday, November 10, 2011

PENAT jadi PELUH

Selamat petang , okay ni cerita masa dekat sekolah tadi.Dari pagi datang sekolah,Cikgu Humairah(guru editor majalah SEDIA) panggil aku dan sorang lagi kawan aku untuk tolong buat final touch-up before majalah SEDIA di print-out kan . Kawan aku ni Naib Ketua Editor *bangga sekejap . Nak tahu siapa dia tonyoh sini  .
Seriously aku cakap , memang penat tahap 240 km/j *erkk.





Editing process tu jadi lambat disebabkan budak-budak sekolah ni tak bagi kerjasama . Announcement dah 2 3 kali buat , still berkelakuan macam tak dengar apa-apa , buat aku mendidih je . Last-last aku lah kena tawaf dua blok panggil semua ketua-ketua tingkatan . Sabar je lah .





Editing tu habis dalam jam 11.40 pg , lepas tu masa jumpa Ustzh Rodziah dalam bilik guru , jumpa pulak Ustzh Azizah n Ustzh Misliza yang kemudiannya mintak tolong kat kitorang untuk tawaf 3 form that is form1 , form 2 and form 4 . . Kitorang kena edarkan borang kemasukan 2 pertandingan : Takbir Raya , Spell It Right in JAWI .Dah habis kerja tu semua , kitorang jumpa balik kedua-dua ustzh td untuk pulangkan lebihan borang-borang tu and ni yang terjadi ...




"Ustazah , ni lebih borang tadi"
"Eh kenapa ada lebih?"
"Satu kelas satu borang kan?"
"Astaghfirullahalazim , bukan satu tapi lebih.."
"Haaaa??? kitorang ingat satu je..?"




Jadi kenalah lagi sekali kitorang tawaf balik habiskan borang-borang lebihan tadi tu . When all done , peluh-peluh kitorang menyebabkan kitorang dapat upah ...weeeeeee.Lepas tu , baru la boleh rehat sikit dalam kelas sambil baca novel . 





Actually aku cerita kat korang ni bukan sebab aku menyesal tolong cikgu-cikgu aku tu , tapi saja nak share kepenatan aku *erkk boleh ke?.Lagipun dah akhir-akhir tahun ni , duduk dalam kelas , bukan buat apa apa pun, so boleh la menambahkan pahala kan? . Anda nak pahala?bolehlah catat sikit dalam kotak hikmat Zam Ijam ok . :)

tempoh umur blog zam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers