LIVE

HTML/JavaScript

Geng Baek Hati

Thursday, November 10, 2011

PENAT jadi PELUH

Selamat petang , okay ni cerita masa dekat sekolah tadi.Dari pagi datang sekolah,Cikgu Humairah(guru editor majalah SEDIA) panggil aku dan sorang lagi kawan aku untuk tolong buat final touch-up before majalah SEDIA di print-out kan . Kawan aku ni Naib Ketua Editor *bangga sekejap . Nak tahu siapa dia tonyoh sini  .
Seriously aku cakap , memang penat tahap 240 km/j *erkk.





Editing process tu jadi lambat disebabkan budak-budak sekolah ni tak bagi kerjasama . Announcement dah 2 3 kali buat , still berkelakuan macam tak dengar apa-apa , buat aku mendidih je . Last-last aku lah kena tawaf dua blok panggil semua ketua-ketua tingkatan . Sabar je lah .





Editing tu habis dalam jam 11.40 pg , lepas tu masa jumpa Ustzh Rodziah dalam bilik guru , jumpa pulak Ustzh Azizah n Ustzh Misliza yang kemudiannya mintak tolong kat kitorang untuk tawaf 3 form that is form1 , form 2 and form 4 . . Kitorang kena edarkan borang kemasukan 2 pertandingan : Takbir Raya , Spell It Right in JAWI .Dah habis kerja tu semua , kitorang jumpa balik kedua-dua ustzh td untuk pulangkan lebihan borang-borang tu and ni yang terjadi ...




"Ustazah , ni lebih borang tadi"
"Eh kenapa ada lebih?"
"Satu kelas satu borang kan?"
"Astaghfirullahalazim , bukan satu tapi lebih.."
"Haaaa??? kitorang ingat satu je..?"




Jadi kenalah lagi sekali kitorang tawaf balik habiskan borang-borang lebihan tadi tu . When all done , peluh-peluh kitorang menyebabkan kitorang dapat upah ...weeeeeee.Lepas tu , baru la boleh rehat sikit dalam kelas sambil baca novel . 





Actually aku cerita kat korang ni bukan sebab aku menyesal tolong cikgu-cikgu aku tu , tapi saja nak share kepenatan aku *erkk boleh ke?.Lagipun dah akhir-akhir tahun ni , duduk dalam kelas , bukan buat apa apa pun, so boleh la menambahkan pahala kan? . Anda nak pahala?bolehlah catat sikit dalam kotak hikmat Zam Ijam ok . :)

Friday, November 04, 2011

FAMOUS PERLU SOMBONG?

ASSALAMUALAIKUM serta SALAM MELAKA MAJU. Dalam entri Minggu 40...BERSEDIA yang lepas , aku sibuk cakap pasal FINAL EXAM aku yang mampu membuat aku semput dada ,adeh . Jadi sekarang ni ,  ada siapa siapa yang nak turut sertai aku untuk LOMPAT TINGGI TINGGI setinggi awan biru sebab peperiksaan akhir tahun aku dah pun melabuhkan tirainya hari rabu yang lepas . Sip Sip Hooray !
Baeklah , entri aku kali ni nak sentuh sikit pasal bab sombong-menyombong.





Bagi anda-anda , perlu ke ada sikap sombong dalam diri ? Terutama bagi individu-individu yang agak dikenali a.k.a FAMOUS! . sebelum korang fikir yang bukan bukan , aku nak tekankan yang ini kisah bukan aku punya kisah *sebab aku langsung tak FAMOUS  . tapi kisah ni berlaku di persekitaran aku .Bermakna aku di sini hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dengan kalian kalian tentang sombong .






Aku rasa tak perlu kot nak sombong sombong , sebab nanti orang kat luar akan pandah rendah kat kita kan? Pada pendapat aku , bila semua orang like going crazy after him/her , dia akan rasa "ohh aku ni ramai orang kenal , jadi kena jaga jaga sikit , kalau tak jatuh publisiti aku nanti" , jadi secara peribadi aku rasa perasaan tu membuatkan dia menjadi kurang mesra dengan orang lain . erti kata lain  , dia akan mula tunjuk yang dia tak perlu bermesra/menegur  orang kecuali orang lain sendiri yang nak bermesra/menegur dia . Secara automatiknya orang akan berfikiran " ehh dia tu kenapa tak pernah nak tegur kita eh? Kalau kita tegur dia , dia layan pulak?"






Tapi yang peliknya bila tidak bertemu muka a.k.a DALAM LAMAN SOSIAL dia ni baik pulak , rajin tegur tegur orang , rajin balas pendapat pendapat orang . Jadi mungkin ada dalam dunia ni Sombong Luaran dan Sombong Dalaman . Mungkin kamu semua akan cakap 'eh budak ni kecik kecik dah pandai sentuh isu sensitif' , tapi dengan cara ini aku akan lebih matang kan dalam kehidupan?  Baiklah , aku rasa aku dah cukup dengan isu ni , dan mungkin juga aku silap kerana setiap orang ada alasan masing masing kan mengapa bertindak sedemikian rupa? Jadi , sila maafkan aku jika aku salah .




perlu ??



psstt : laman sosial aku dah bertambah ,hehe .

tempoh umur blog zam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers